Wednesday, July 25, 2018

Assalaammualaikum
Selamat pagi dan salam pagi khamis,
haa pagi ni aku nk ceritakan kisah aku apabila masuk dialam pekerjaan.. 
Bermulanya selepas SPM selepas aku di rumah cari pekerjaan dalam talian. Aku dapat jumpa 1 online bisnes iaitu agent topup(masa tu benzmobile) aku try bisnes topup dirumah disebabkan aku berkerusi roda aku hnya kerja dirumah sepenuh masa, aku hnya fokus kepada jiran² dn keluarga yg mahukn topup, tapi aku fikirkn blik bisnes topup sngt lmbt nk jdi kaya kah kah. dari agent tu aku tgk website dye aku terjumpa perkataan simkad onexox 2thun 4bulan tarikh expired. wow mcm best, aku pon try beli dan pkai wahh btol lah expired simkad ni pnjng😍 so aku buka fb selepas seminggu aku terjumpa seorang friend fbku(azwan fauzy) yg promote sim tersebut aku trus chat dye dan tnya tentang sim tersebut. pada msa tu pertengahan bulan 5 2016 aku chat dan bertnya,akhirnya dya mengajak aku membuat side income menjual simkad onexox tersebut, pada bulan pertama sahaja aku joint semua dya yg bantu n lakukan berkenaan sim cust ke topup ke semua dye yg uruskan (tq friend azwan). setelah sbulan aku dgn dya joint group "MANJA² ONEXOX" yg ADMINNYA ialah sorang area distributors (AD UGP KULAI) akhirnya kami berdua joint dibawah network ad ugp disbbkan kebaikan dan bos yg sngt baik sbb dye menjaga kebajikan pekerjanya, mmg best sngt network baru yg kami joint disbbkn network lama (bos mmg xsporting n sngt² tidak membantu) mmg teruk. selepas joint network Ad ugp aku dpt knl ramai lagi kawan diantaranya(liza, mg"nma btoi xtau haha", fauzyafsan, n ramai lgi). pada penghujung bulan 7 aku jumpa docter di GH HPP (dr. izmi pakar rehabilitation) pada hari tu dia ckp aku perlu masuk wad untuk jalani fisioterapi.. pada keesokkan hari aku dimasukkan ke wad rehabilitasi jalan perak pulau pinang, hari demi hari senaman yang aq dpt buat tapi progress hnya sediikit yg nmpk, docter cadangkan aku dimasukkan ke wad rehabilitation di cheras(HRC) "AKU DIWAD REHAB JLN PERAK DRI BULAN 7-10 3BULAN" aku dimasukkan ke wad rehab di cheras pada bulan 12 7hb (sepanjang diwad penjualan simkad aku lakukan diatas talian). aku di wad cheras aku ada 2org terapi fisio dan carakerja(Shahrizal"slay" dan zaidar) hari demi hari aku lakukan fisio dan pada bulan 1 2017 docter di cheras bt keputusan untuk bt bone scan di bahagian kaki (bone scan aku dibt di HKL) selepas bt bone scan dan dh dpt keputusan docter putuskan yng aku tidak lgi boley berjalan smpai bila2 docter ckp aku x dibenarkan berdiri disbbkn tulang aku dibahagian kaki kecil disbbkn aku jadi dari kecil so tulang aku x membesar seperti org normal yg lain😔, docter ckp ada ubat untuk besarkn tulang tapi dye xnk bg sbb tulang aku hnya dibhgian kaki shja yg kecil dibhagian atas normal seperti biasa so klu dia bagi ubat tu nnti tulang seluruh badan akn berubah. lpas docter ckp cm tu aku redha dgn ketentuan ilahi😔😔, aku dibenarkan keluar wad pada hujung bulan 1 2017. aku pulang ke rumah dan menuruskan bisnes aku.. pada bulan 2 aku dpt reward bos ugp disbbkn perdaftaran bnyk pada bulan tersebut(hehe alhamdulillah rezeki) tapi aku hnya bt melalui atas talian, pada hujung bulan 4 aku terfikir sampai bila aku mahu tinggl dlm rumah dan bt kerja dri dlm rumah, awal bulan 5 aku terjumpa sorang kwan(shahrin) di group wasap yg aku joint di tinggal BM(bukit mertajam) dye selalu niaga di pekan hari padang serai.. pada hari tu aku tnya kpdanya boleh x aku tumpang niaga sekali sbb dye pon niaga simkad onexox.  dye ckp kat aku xda masalah boleh je dtg joint. pada hari ahad pertengahan bulan 5 2017 aku ikut dya pergi berniaga tetapi aku berasa sangt malu untuk keluar niaga dgn berkerusi roda, tetapi aku beranikn diri jugk untuk berjumpa dgn cust yg bnyk diluar sana.pada hri ahad tersebut aku pergi dan rasa sngt malu sbb peniaga² dan cust tgk padaku (mybe fikiran diaorg mcm ni kot" sllunya yg berkerusi roda meminta sedekah") [malu +bangga(sbb aku mampu lakukan)] hehe.. 😬😬😁. pada minggu seterusnya pon aku ikut dye pergi niaga tapi minggu hadapannya aku jumpa 2org lagi kawan pada mulanya duaorg tu hnya cust aku diwasap xsanka pula diaorg network shahrin😜(norizan dan nasir).selepas hari itu aku sudah berani dan mampu untuk niaga seorg diri aku bermula di market tasek gelugor aku berniaga seorang diri shja, start dari tu jugak jika shahrin dgn team ada joint event ape2 aku akn ikut joint jugk.  walaupon aku ikit shah pergi niaga tetapi aku tetap dgn network lamaku NETWORK AD UGP. hari demi hari aku pergi berniaga haa lupa plak aku pergi niaga dgn bntuan ayah aku la.. ayh aku yg hantar dn ambil aku pergi niaga...
Pada bulan 12 2017 keluarga aku ditimpa musibah.. mak aku dimasukkan kedlm wad kerana buah pinggangnya rosak (dah stage 4) mak aku perlu jalani dialisis 3kli seminggu pada hujung bulan 12 ayah aku exsiden mujur xteruk sngt Allah tahu ayhku kuat, smpai sekarang mak aku perlu jalani dialisis.. aku berniaga simkad smpailah sekarang alhamdulillah income dari jual simksd pon dh sedikit stabil.
aku rasa setakat ni ja kot cerita aku dah panjang aq rasa aku cerita hehehe. . nnti kslau ada ari teringat kisah2 yg lain tentang diriku InsyaAllah aku akn ceritakn dlm blog ni... 
last kalau ada sape2 yg nk beli simkad boley la pm wasap saya klu ade sape2 yg nk knl2 boley je wasap saya yeee..  01156787123 ni no wasp saya.  
terima kasih sbb sudi baca kisahku yg xseberapa.   .
yaAllah kau ampunkanlah dosa²ku ampunkanlah dosa keluargaku dosa sahabat2ku rakan2ku dan seluruh umat islam didunia ini ya Allah kau murahkanlah rezeki kami kau sihatkalah tubuh badan kami... aamiin ya robbalalamin.

rizuan
Wasap.my/601156787123 

Tuesday, July 24, 2018

assalaammualaikum 
haa harini aku nk sambung cerita sblum ni yg belom habis, KISAH HIDUPKU.
haa aku berkerusi roda masuk ke alam persekolahan(skpm) darjah 6 pada hari pertama aku masuk ke sekolah menaiki kerusi roda dengan perasaan malu dan sedih untuk bertemu dengan rakan2 lama kerana aku seorang sahaja yang menaiki kerusi roda ketika itu... tapi aku beranikan diri jugak untuk ke sekolah kerana pada tahun itu aku perlu duduki ujian penilaian sekolah rendah(UPSR) hari demi hari aku ke sekolah.. tahun yg sngt penting kerana aku perlu duduki upsr.kawan2ku pergi tusyen ke sana ke mari tetapi aku hanya belajar dirumah. Jika matapelajar sains aku hanya duduk di kelas tetapi kawan²ku pergi ke makmal tingkat 2 aku tak mampu untuk naik sbb berkerusi roda... banyak pelajaran aku ketinggalan disbbkan cikgu dan kwn2ku belajar ditingkat 2 dn 3.
Pada bulan 9 2010 aku duduki UPSR dan alhamdulillah keputusan agak memuaskan 2A 1B 2C. Pada 2011 aku masuk ke sekolah menengah kebangsaan guar perahu indah(smkgpi) kelas aku dikhaskan ditingkat bawah alhamdulillah. ye aku berkerusi roda dan tngn ku belom pulih. pada pertngahan tahun semasa subjek bm aku bt karangan maklum lah tangan masih belom pulih maka tulisan sedikit carca merba. aku sngat sedih masa tu disbbkan cikgu BM(cikgu mzk) aku ckp padaku "ko nak jadi apa nnti ko nk jdi peminta sedekah ditepi jalan ke xboley ke tulis elok2" aku hnya diamkan diri dgn perasaan sedih. hari demi hari aku ke sekolah dengan bantuan ayahku hantar dan mengambilku dri sekolah tanpa tahu penat lelah.
Pada awal tahun 2013 kejadian dadaku terasa sempit berulang kembali aku dikejarkan ke GH HPP pada ketika itu aku dimasukkan ke wad biasa dan ambil gas. Start masa itu aku perlu memakai mesin BiPaP(mesin pernafasan) aku perlu memakai setiap mlam kerana masalah peparu dan jantung(bru detect) oksigen dlam badanku turun sehingga 60/40  semasa tido aku dapat tahu kerana docter buat sleep study padaku. Dan pada tshun itu jugak aku perlu duduki PENILAIAN MENENGAH RENDAH(PMR),seperti biasa aku hanya ulang kaji dirumah tapi kawan2ku pergi tusyen kesana kemari. Alhamdulillah keputussn PMR aku lulus 1B 5C 2D. pada 2014 aku telah masuk ke tingkatan 4 aku masuk aliran kegemaranku subject account dan perdagangan, aku duduki ujian pertengahan tahun aku dalam subject account memuaskan aku mendapat B+, pada hujung tahun aku dipandang rendah sekali lagi cikgu account(cikgu a) aku ckp"cikgu nak ko drop ke subject seni sbb account ni ko xmampu untuk bt kerja kursus nnti(padahal aku boleh bt)" aku pon dengan rasa kecewa aku turun ke subject tasawwur islam dan perdagangan(aku xsuka seni sbb aku xmampu melukis dengan tanganku yang belom pulih), pada 2015 aku sudah form 5 masa untuk menentukan masa depan dengan menduduki SPM, pada waktu form 5 aku sama jugk seperti waktu form 3 n darjah 6 aku hanya mampu ulang kaji dirumah kerana aku agak susah untuk kesana kemari dengan menaiki kerusi roda, sepanjang dri aku sakit aku hanya duduk dirumah kesekolah dan kehospital,aku xseperti budak2 normal yang lain yang boleh pergi melepak dan prgi sana sini. aku duduki SPM pada bulan 11 2015, aku ambil spm sama seperti pelajar2 lain, dduk 1dewan dengan pelajar2 lain. setelah habis SPM alhamdulillah keputusan 3kredit dan lulus.
Pada 2016 aku sudah memasuki alam pekerjaan seperti org2 lain,tetapi aku hanya mampu duduk dirumah, aku cari pekerjaan yang duduk dirumah pon mampu masuk duit poket. akhirnya aku hnya jumpa perniagaan topup dalam talian,keuntungan topup hanya sen², aku xmampu teruskan jual topup seperti ini.
ceritaku masih panjang lagi tapi aku tutup setakat ni dahulu nnti aku smbung lagi.. jangan marah ya follower sekelian. jari aku sudah sakit untuk type cerita yg pnjng lagi. .
terima kasih sbb sudi baca  . nnti saya smbung lagi yee.. 

rizuan oku
Wasap.my/601156787123 
  Aku rizuan berasal dari pulau pinang umurku sekarang 20 tahun aku bekerja sebagai pengedar simkad onexox.
Aku buat blog ini untuk menceritakan kisah silam@kisah hidupku.

Aku mendapat penyakit saraf tunjang lvl c5 asia c sejak berumur 11 tahun akibat bermain sukan disekolah dahulu.. (sukan tarik tali) pada masa itu aku berusia 11tahun dan aku tidak mengetahui apa2 yang aku tahu semasa itu ialah keseronokan (maklumlah budak²)
Pada masa tu 11/4/2009(sabtu) hari sukan sekolah (skpm) aku bermain seperti biasa acara2 yang ditentukan oleh cikgu. selepas dua hari, hari sukan sekolah tersebut baru lah kisahku nk bermula apabila pada hari tersebut 13/4/2009(isnin) pada petang isnin tersebut pada jam 7.30ptg aku mahu ulang kaji pelajaran tiba2 belakang badanku terasa begitu tidak selesa.. selang 2, 3minit dadaku terasa sempit tidak boleh bernafas. Jadi ibuku bawa aku ke klinik berhampiran(klinik bersatu) setelah dokter memeriksa dia cakap tiada apa yg serious berlaku tetapi dia membuat surat untuk pergi ke hospital. Dalam perjalan ke hospital kakiku terasa kebas dan mula kebas sehingga ke peha setelah sampai ke hospital aku sudah tidak dapat berjalan. Aku dimasukkan ke wad kecemasan hospital kepala batas aku hanya terbaring diatas katil di wad tersebut. setalah esok pagi 14/4/2009 aku dipindahkan ke hospital seberang jaya menaiki ambulance sampai sahaja di hospital tersebut dan diperiksa selepas 2jam aku dipindah lagi ke hospital besar pulau pinang. setibanya di GH HPP aku dimasukkan ke dlm picu(peads icu) semasa dalam picu aku separa sedar. docter yang merawat aku masa tu docter india(dr. vicky-pakar saraf kanak²) aku dirawat dalam Picu selama sebulan. Aku keluar wad (c1) biasa setelah sebulan berada dalam picu, semasa berada di wad biasa aku perlu jalani fisioterapi setiap hari sedikit demi sedikit kesihatku pulih.. daripada terbaring atas katil, aku dah boley duduk dengan bantuan orang. setelah 2bulan di wad biasa aku dibenarkan pulang dengan menaiki kerusi roda. selepas dua minggu berada dirumah. dadsku terasa sempit semula.  aku xdapat bernafas aku dibawa ke GH HPP semula aku dimasukkan kedalam picu semula. selepas seminggu aq dibenarkn keluar ke wad biasa aku berada diwad biasa selama 3bulan selepas 3bulan aku dibenarkan pulang. aku dirumah sehingga aku dimasukkn ke sekolah semula tapi semasa start darjah 6 la hehe...
Sekian dulu setakat ni nnti aku larat aku smbung lagi..  untuk pengetahuan semua skrng pon aku masih diatas kerusi roda. .. 

rizuan
Wasap.my/601156787123